teori muzik penting, kalau tahu teori, semua alat muzik boleh main. (tapi secara praktikalnye takleh main heheh)
teori sebenarnye meliputi 20% je, lagi 80% practise, practise, practice dan practice.
kat mana nak start eh?
kita start dari yang asas dulu la, yang paling asas sangat. mesti tau ni!
ok.. aku senaraikan not not yang ada. (ikut tangga menaik)
C | Bb/C# | D | Cb/D# | E | F | Eb/F# | G | Fb/G# | A | Gb/A# | B | C | Bb/C# …(repeat balik)….
ok.. kena hapal peraturan ni (sila rujuk senarai not kat atas)
1. Not Bb dan C# mempunyai bunyi yang sama! walaupun notasi berlainan. Maksudnye kalau main kat alat muzik contohnya piano, nkorang kena tekan atas kekunci yang sama la. sama juga la ngan Cb/D#, Eb/F#, Gb/A#, dan Bb/C#.
2. Jarak antara C dan Bb/C# adalah dikenali sebagai HalfTone (HT). ni bermaksud, jarak antara note bersebelahan adalah haltone. contoh jarak antara E dan F, Eb/F# dan G, B dan C, C dan Bb/C#. semua Halftone. Dengan syarat, not tu bersebelahan!
3. Jarak antara C dan D, D dan E, F dan G, G dan A, A dan B, dan sebagainya adalah dikenali sebagai whole tone (WT)
contoh : -
C | Bb/C# | D : jarak C dan D (WT)
D | Cb/D# | E : jarak D dan E (WT)
E | F | Eb/F# : jarak E dan Eb/F# (WT) ..nampak tak? syaratnye mesti berselang satu not!!! baru digelar WT
ok kalau dah hapal semua kat atas ni, baru la kita gi ke major scale construction.
ape fungsi major scale ni? haa banyak fungsi nye. untuk buat chord, untuk improvise, dan macam macam lagi la.
tapi yang penting, kita kena tengok camne nak construct.
Nkorang penah belajar tak do re mi masa tadika dulu? mesti penah kan?
Do re mi fa so la ti do.. ni sebenarnya buat atas skala major. skala major… cam ni..
C D E F G A B C
cuba tengok not kat atas ni. ni skala major. cuba nkorang perhatikan. dalam skala ni takde flat (b) dan takde sharp (#). Ni la nama dia skala C major. Camne nak construct skala major ni. Konsep dia senang je. kita guna konsep wholetone dan halftone. Jom kita rujuk balik senarai not yang ada:
C | Bb/C# | D | Cb/D# | E | F | Eb/F# | G | Fb/G# | A | Gb/A# | B | C | Bb/C# …(repeat balik)….
pastu bandingkan dengan skala major : C D E F G A B C
C-(WT)-D-(WT)-E-(HT)-F-(WT)-G-(WT)-A-(WT)-B-(HT)-C
jadi kalau nak buat skala major… jarak not antara satu sama lain guna :
WT-WT-HT-WT-WT-WT-HT
ok.. cube kita terai buat skala D major plak. kita start not D
D-(WT)-E-(WT)-Eb/F#-(HT)-G-(WT)-A-(WT)-B-(WT)-Bb/C#-(HT)-D
jadi skala D major : D E Eb/F# G A B Bb/C# D
contoh lain :
E major : E Eb/F# Fb/G# A B Bb/C# Cb/D# E
F major : F G A Bb/C# C D E F
untuk skala major, semua guna konsep sama… WT-WT-HT-WT-WT-WT-HT
ok, cuba try buat skala major untuk G major, A major, B major
nanti next aku terangkan plak pasal chord construction. adioss..