Archive for September, 2005

..Peringatan Buat Semua…

Friday, September 23rd, 2005

"Auzubillah himinashsyaitan nirrajim …

bismillahirrahmannirrahim"

Tafsirannya

Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.

Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas,kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahuahad. Allahussamad. Lam yalid walam yu-lad. walam yakul lahu kufuwanahad.) sebanyak 3 kali.

Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dansekiranya tiada orang di rumah berilah salam keranamalaikat rumah akan menyahut.

Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianyawajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur.

Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap diakhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akanmembusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya :

Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur’an dalam jangka masa dua-tiga minit?

Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur’an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali.

Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekaliganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telahbersabda:

Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit,maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendidan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.

Sabda Rasulullah SAW lagi:

Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya QulHuwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibraila.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap  malaikat Israfil a.s.

Dari
Abdullah bin ‘Amr r.a., Rasulullah s.a.w.
bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…"

…motivasi diri…

Friday, September 23rd, 2005

Orang yang bahagia itu
akan selalu menyediakan
waktu untuk membaca
kerana membaca itu sumber hikmah,

menyediakan waktu tertawa
kerana tertawa  itu muziknya jiwa,

menyediakan waktu untuk berfikir
kerana berfikir itu  pokok kemajuan,

menyediakan waktu untuk beramal
kerana beramal itu  pangkal kejayaan,

menyediakan waktu untuk bersenda
kerana bersenda itu akan membuat muda selalu

dan menyediakan waktu beribadat 
kerana beribadat itu adalah ibu
dari segala ketenangan jiwa.

Pangeran Cinta

Friday, September 23rd, 2005

Detik-detik berganti dgn detik
menutup silih berganti
hari-hari pun terus berganti
bulan-bulan juga terus berganti

jalan-jalan pun terus berubah
hidup ini juga pasti mati

semua ini
pasti akan musnah
tetapi tidak
cinta ku padamu
tak pernah aku
sang pangeran cinta

mlm-mlm diganti dgn pagi
pagi pun jadi siang
dan tak mampu berganti apa
yg muda pun pasti menjadi tua
musim-musim pun terus berganti
hidup ini juga pasti mati

kebenaran yg abadi
takkan ada yang tetap

semua ini
pasti akan musnah
tetapi tidak
cinta ku padamu
tak pernah aku
sang pangeran cinta

Aligato`kuzahimas tak..!!

Wednesday, September 21st, 2005

P1040999 JAWATANKUASA Kolej
Mahasiswa (JKM) Kolej 10 dengan kerjasama pihak pentadbiran kolej telah
mengadakan Majlis Penghargaan Untuk Peserta-Peserta SUKAM XII 2004 pada
25Disember2004 , bertempat di Hotel Good Hope, Skudai.

Majlis ini bertujuan menghargai sumbangan peserta-peserta SUKAM XII yang telah membantu Kolej 10 muncul sebagai naib johan.

Dalam kejohanan tersebut Kolej 10 telah berjaya
merangkul pingat emas dalam acara bola baling, bola keranjang, boling
padang, futsal dan catur. Manakala skuad bola sepak dan skuasy
merangkul pingat perak dan badminton gangsa. Tidak ketinggalan juga
atlit olahraga yang turut menyumbangkan pingat.

Hadiah-hadiah disampaikan oleh Timbalan Naib
Canselor Hal Ehwal Pelajar (HEP), Prof. Ir. Dr. Alias Mohd Noor. Hadir
di majlis tersebut Pengetua Kolej, Prof. Madya Dr. Abd Jalil bin
Borham.

Champian Celcom Uni-League!!!

Wednesday, September 21st, 2005

Unileage_2UNIVERSITI Teknologi Malaysia (UTM)
muncul sebagai juara baru bahagian satu Celcom Uni-League apabila
menewaskan Universiti Teknologi Mara (UiTM)2 - 0dalam perlawanan di UTM
Skudai, 19 Februari lalu.

Kejayaan menundukkan juara bertahan
itu memberikan kenangan yang cukup berharga kepada pemain apabila
disaksikan oleh Naib Canselor Datuk Prof. Ir. Dr. Mohd Zulkifli Tan Sri
Mohd Ghazali.

Turut hadir menyaksikan perlawanan
tersebut ialah Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (HEP) Prof. Ir.
Dr. Alias Mohd Noor dan Pendaftar Hj. Wan Mohd Zawawi Wan Abdul Rahman.

UTM turun ke padang tanpa tekanan
berbanding lawan kerana tuan rumah hanya memerlukan seri untuk muncul
sebagai juara, berbanding UiTM yang memerlukan empat gol untuk
memastikan Piala Celcom kekal di Shah Alam.

Selepas enam perlawanan UTM menduduki
tempat kedua di belakang Universiti Malaya (UM) yang memungut 15 mata
setelah tamat tujuh perlawanan, manakala UiTM di tempat ketiga dengan
12mata.

Dalam perlawanan tersebut UTM
memperolehi gol pertama menerusi rembatan kencang Victor Graman a/l
Renggian di minit ke- 32di sebelah kanan pintu gol.

Gol sulong Victor merentap semangat
pemain pasukan lawan yang tertekan untuk memburu empat gol bagi
memastikan mahkota liga kekal di tangan mereka.

Pasukan pelawat mula bermain secara
aggersif dalam usaha mencari gol yang menyaksikan pengadil terpaksa
melayangkan tiga kad merah dan dua kad kuning kepada pemain mereka.

Dua lagi kad kuning dilayangkan kepada pemain tuan rumah.

UiTM terpaksa bermain dengan lapan
orang pemain dan kesempatan itu diambil oleh tuan rumah untuk
memperolehi gol kedua menerusi Yasser Arafat Zainal Abidin pda minit
ke-80.

Majlis penyampaian hadiah disampaikan
oleh Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr. Shafie Salleh di salah sebuah
hotel terkemuka di Putrajaya, 3 Mac lalu.

4 sons

Tuesday, September 20th, 2005

These 4 gents go out to play golf one sunny morning. One is detained in the
clubhouse, and the other three are discussing their children while walking
to the first tee.

"My son Kent," says one, "has made quite a name for himself in the
home-building industry. He began as a carpenter, but now owns his own
design and construction firm. He’s so successful in fact, in the last year
he was able to give a good friend a brand new home as a gift."

The second man, no to be out done, tells how his son began his career as a
car salesman, but now owns a multi-line dealership. "Norm’s so successful,
in fact, in the last six months he gave his friend two brand new cars as a
gift."

The third man’s son, Greg, has worked his way up through a stock brokerage,
and in the last few weeks has given a good friend a large stock portfolio as
a gift.

As the fourth man arrives at the tee, another tells him that they have been
discussing their progeny and asks what line his son is in.

"To tell the truth, I’m not very pleased with how my son turned out," he
replies. "For 15 years, Chico’s been a hairdresser, and I’ve just recently
discovered he’s gay. However, on the bright side, he must be good at what
he does because his last three boyfriends have given him a brand new house,
two cars, and a big pile of stock certificates."

Malu sesangat!!

Tuesday, September 20th, 2005


Seorang wanita muda telah ter’bersalin’ di dalam sebuah lif. Dier pun
malu macam nak giler dan tak mahu kuar dari lif itu. Pihak pengurusan
bangunan pun memanggil polis, bomba dan psychologist untuk pujuk dier
keluar. Psychologist tu pun cakap ler, "Cik… keluar lah… aper nak
dimalukan… perkara biase jer nih." Wanita muda yang terbersalin itu
pun menjawab, "Tak mau, tak mau, saya malu." Psychologist itu menambah,
"Alah cik… tahun lepas saya ader 1 kes lagi teruk… pompuan tu
beranak dalam longkang!!" Mendengarkan kata-kata Psychologist tu jer,
wanita muda tu terus meraung bagai nak giler lalu berkata, "Yang tu pun
saya gak, uhwaaa..!!!"

Punkster!!!

Tuesday, September 20th, 2005

Seorang orang tua sedang duduk di kerusi di sebuah taman
bunga sambil menikmati udara petang.. Tiba-tiba seorang anak muda
bergaya punk duduk di sebelah si atok tersebut…

Rambut anak
muda itu dicat kuning dan hijau, sementara rambut-rambut yang berdiri
dicat jingga dan ungu. Di sekeliling matanya diwarnakan hitam. Orang
tua itu lama menatap si punk tersebut…

Merasa terganggu dengan
tatapan orang tua itu.. pemuda punk itu bertanya.. "Eh, pakcik.. kenapa
tenung saya macam tu..? apakah dulu waktu muda pakcik tidak pernah buat
kerja yang gila-gila?"

Setelah menarik nafas panjang… orang tua itu menjawab.. "Tentu saja pernah. Dulu aku pernah mabuk teruk..

dan ketika mabuk itulah aku merogol seekor burung kakatua. jadi sekarang ini aku keliru… jangan-jangan kamu adalah anakku."

kalau sampai ipoh

Tuesday, September 20th, 2005


Suatu hari, seorang ibu menghantar anaknya yang baru berusia 5 tahun
menaiki bas ekspres Kuala Lumpur - Kangar. Ibu itu berpesan pada pemandu
bas "Encik.. tolong tengokkan anak saya ya… Nanti kalau sampai di
Ipoh… cakap pada anak saya." Sepanjang perjalanan, si anak ini cerewet
sekali. setiap seminit dia akan bertanya pada penumpang disebelahnya..
"Sudah sampai Ipoh belom?" Hari mulai malam dan anak itu masih terus
bertanya-tanya.

Penumpang disebelahnya menjawab.. "Tidor aje la.. Belom sampai lagi ni..
nanti kalau sampai saya akan kejutkan!" Tapi si anak tidak mahu diam..
dia pergi ke depan dan bertanya pada pemandu untuk kesekian kalinya,
"Pakcik.. sudah sampai Ipoh ke belom?" Pemandu yang sudah keletihan
menjawap soalan itu berkata.. "Belom! Tidur aja la! Nanti kalau dah sampai
kat Ipoh.. pasti d**ejutkan..!" Kali ini, si anak tidak bertanya lagi,
dia tertidur nyenyak sekali. Kerana suara si anak tidak kedengaran lagi..
semua orang di dalam bas lupa pada si anak, sehingga ketika sampai di
Ipoh.. tidak ada seorang pun yang membangunkannya. Hinggalah melepasi Alor
Setar.. si anak masih tertidur dan tidak bangun-bangun.
Tersedarlah si pemandu yang dia lupa membangunkan si anak. Lalu ia
bertanya pada para penumpang.. "Encik-encik dan puan-puan sekalian..
bagaimana ni.. perlukan kita hantar semula anak ini?" Para penumpang pun
merasa bersalah kerana turut melupakan si anak dan setuju menghantar si
anak kembali ke Ipoh… Maka berpatah kembalilah rombongan bas itu menuju
ke Ipoh.. Sesampai di Ipoh… si anak dibangunkan. "Nak! Sudah sampai
di Ipoh! cepat bangun!" Kata Pemandu.. Si anak bangun dan berkata.. "Oh
sudah sampai ya!" alu si anak pun membuka beg pakaiannya dan
mengeluarkan nasi bungkusnya.. Seluruh penumpang kehairanan… "Bukankah
kamu hendak turun di Ipoh?" tanya pemandu kebingungan. "Tidak lah.. mama
saya pesan.. kalau sudah sampai di Ipoh.. saya boleh makan nasi bungkus
ni!"