Nama sebenar beliau ialah Malik bin Anas bin Malik bin Abi Amir Al Ashbahy.Imam Malik Rahimullah di lahirkan di Kota Madinah pada tahun 93 Hijrah bersamaan dengan tahun 713 Masehi,iaitu pada zaman pemerintahan Khalifah Sulaiman bin Abdul Malik daripada Kerajaan Bani Umaiyah. Beliau berasal daripada keturunan Arab yang terhormat dan di muliakan oleh masyarakat kerana datuknya Amir bin Al-Harith banyak berkorban bersama Rasullullah S.A.W dalam menegakkan agama Islam.
Sejak kecil beliau dididik menghormati ibu bapa,orang dewasa dan guru.Beliau merupakan seorang yang berbadan tegap,kuat serta suka berpakaian cantik dan bersih.Kehidupan keluarganya yang susah tidak memadamkan cita-citanya untuk menjadi seorang yang berilmu.
Berkat usahanya yang gigih dan bersungguh-sungguh, akhirnya beliau muncul sebagai ulama,hartawan,dermawan dan berjaya memegang jawatan sebagai Mufti Besar di Madinah. Imam Malik ialah pengasas kepada “ Mazhab Maliki ”.
Beliau meninggal dunia pada 10 Rabiulawal 179 Hijrah bersamaan dengan tahun 798 Masehi ketika berusia 86 tahun dengan meninggalkan tiga orang putera dan seorang puteri.
Imam Malik Rahimullah mempunyai kecerdasan akal fikiran yang tinggi .Beliau menghafaz Al-Quran ketika usianya masih muda. Beliau mempunyai akhlak yang mulia,bersopan santun,suka memakai pakaian yang bersih ,kemas ,serta bau-bauan yang harum.
Beliau merupakan seorang yang pendiam dan hanya bercakap pada perkara-perkara yang berfaedah sahaja. Beliau bergaul dengan semua lapisan masyarakat dan sangat benci kepada perbuatan yang mencela sesama manusia.
Beliau merupakan seorang hartawan yang dermawan dan menggunakan hartanya untuk menolong golongan yang susah.Contohnya beliau banyak membantu Imam As-Syafie sehingga berjaya menjadi ulama terkenal. Beliau sangat menghormati hadis-hadis Rasulullah S.A.W dan baginda sendiri walaupun sudah wafat. Beliau dikatakan tidak pernah menunggang kenderaan di Madinah sebagai tanda menghormati jasad baginda di dalam kubur.
Beliau tabah menghadapi sebarang ujian yang menimpanya. Beliau pernah di rotan dengan cemeti (sejenis rotan) sehingga patah tulang belakangnya kerana mengeluarkan fatwa yang tidak di sukai oleh khalifah,iaitu isteri yang di talak secara paksa tidak jatuh talaknya. Beliau adalah seorang ulama yang warak, taat dan patuh pada perintah Allah S.W.T di samping kuat beribadat terutama pada waktu malam.
Beliau sangat tegas, terutama dalam soal mencari ilmu. Prinsip yang dipegang ialah orang yang ingin belajar ilmu hendaklah berusaha mencarinya,bukan ilmu yang datang mencarinya.Imam Malik adalah seorang ahli hadis dan seorang imam mujtahid yang sangat dihormati dan disegani.